Monday, February 27, 2012

Semoga Mereka Menjadi Anak Yang Cemerlang


BENITA dan Bernama Kids’ 1Malaysia Club (BK1MC) telah berjaya  menganjurkan Program Anak Cemerlang pada 7 Jun 2011, 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12, Wisma Bernama. Seramai 34 anak petugas Bernama berumur antara 8 – 16 tahun yang mana merupakan anak ahli Benita dan ahli BK1MC.

Tenaga pengajar bagi program ini ialahPak Din Sayang Solution. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada peserta dalam membantu meningkatkan kecemerlangan pembelajaran, menambah nilai kecemerlangan diri dalam kehidupan serta memupuk kecintaan dan hormat kepada ibu bapa.

 Sebagai seorang yang berpengalaman Pak Din, yang membahasakan dirinya Atuk mudah memberi impak dan tarikan tersendiri kepada anak-anak yang hadir. Ibu-bapa juga dijemput pada sesi akhir mendengar  Pak Din  berkongsi serba sedikit ilmu bagaimana  amalan pemakanan dan kehidupan boleh meningkatkan kecermerlangan dalam sesebuah keluarga.

 Program berkenaan diakhiri  dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta, oleh Setiausaha Benita iaitu Puan Rohana Mustaffa dan seterusnya sesi fotografi.

Terima kasih kepada Pusat Kecemerlangan kerana memberi sokongan terhadap penganjuran program ini. Aktiviti seumpama ini dianjurkan tahun lepas dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang serta mencapai matlamatnya. Semoga semua anak warga Bernama cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan masing-masing.

a Club (BK1Mdiri dalam kehidupan serta memupuk ke

No comments:

Post a Comment