Wednesday, June 16, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah Muslimah

Mengurus jenazah seorang muslim adalah fardu kifayah dan sebagai umat Islam, ia tidak boleh dielakkan atau dipandang sambil lewa. Namun, jika ada sebahagian umat Islam yang mengetahuinya, selesailah tanggungjawab itu.

Thursday, June 10, 2010

Bengkel Anak Cemerlang

Sempena cuti sekolah ini, Benita sekali lagi menganjurkan Program Anak Cemerlang. Bagi yang berminat, sila kemukakan borang yang disediakan kepada wakil tingkat atau terus kepada AJK Penyelaras.

PROGRAM ANAK CEMERLANG

SEMINAR NILAI SEBUTIR PERMATA
Tarikh:16 Jun 2010 (Rabu)
Masa:8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12

Wednesday, June 9, 2010

Hari Kesihatan Benita

Demo Masakan Nestle

Oleh: Rubaina (InfoLib)
Foto: Norhayati Jantan

Pada 27 Mei 2010, seramai 39 ahli BENITA telah menyertai lawatan ke Nestle House di Mutiara Damansara. Sekitar jam 11.15 pagi, rombongan bertolak menaiki bas dan sebuah van BERNAMA dan tiba di sana kira- kira jam 11.45 pagi.

Rombongan dibawa ke Demo Kitchen yang juga dikenali dengan nama ‘MAGGI masak-masak studio’ untuk menyaksikan demo masakan oleh Chef Nor Asiah Tajul Urus, atau lebih mesra dipanggil Chef Nor.