Monday, March 28, 2011

ALL LADIES TREASURE HUNT...Terkini


Atau boleh juga lihat di sini:

Agak-agak la kan..kenapa orang suka masuk Treasure Hunt A.K.A Mencari harta karun? Tengok macam orang gila pun ada juga..kejap-kejap lari sana..kejap-kejap lari sini. Lepas tu jawab soalan yang entah apa-apa.

Betul ke soalan-soalannya entah apa? Tapi bagi pencari harta karun tegar (hardcore), buatlah di mana pun, mereka tetap akan pergi walaupun hingga ke Ethopia katanya.

Nak tahu kenapa? Kat bawah ni ada 10 sebab kenapa orang suka@gila masuk 'hunt' yang macam ni:

10 sebab orang suka masuk Treasure Hunt
1.Hadiah yang menarik.
2.Merapatkan hubungan silaturrahim
3. Boleh jalan-jalan dan tak perlu fikir tentang urusan tempah-menempah-penganjur yang uruskan
(cuma bayar yuran penyertaan sahaja)
4.Boleh 'test' otak kita geliga atau tidak. Atau kita sama gila dengan otak tukang buat soalan (COC)
5.Ada orang suka rasa 'adrenalin high' masa sedang berlumba
6.Seronok tengok gelagat manusia..macam-macam perangai ada!
7.Mencabar TAPI tak bahaya.
8.Glamour..sebab kalau konvoi ramai-ramai, semua orang tengok.
9.Boleh gelak ramai-ramai bila COC umumkan jawapan orang lain yang pelik-pelik.
10.UNTUK ALL LADIES TREASURE HUNTERS, LEPAS TU KITA RAMAI-RAMAI SHOPPING KAT NILAI TIGA!!!!

Borang pun dah ada, boleh print atau jika ahli BENITA datang terus berjumpa Wakil Tingkat masing-masing.

Jom Cari Harta Karun Ramai-ramai!!!


Seperti yang telah diwar-warkan, Jawatankuasa Benita kini sudah  mula bergerak membuat perancangan untuk All Ladies Treasure Hunt. Kepada ahli, apa lagi, jom kita ramai-ramai kita meriahkan aktiviti ini. Penyertaan adalah terbuka. Asalkan semuanya WANITA.

Pasti 'happening' memandangkan peserta semuanya LADIES, jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat cari 'team' ok! Maklumat lanjut akan kami sebarkan dari semasa ke semasa.

Sunday, March 27, 2011

Meraikan Pengerusi Baru Benita


Datin Suriani dan suami, Pengurus Besar Bernama, Datuk Hasnul Hassan.

Benita tahun ini sangat berbesar hati menerima kehadiran Pengerusi baru Datin Suriani Abdul Rahman yang menggantikan Puan Salbiah Said. Pada majlis perpisahan Puan Salbiah, kelab ini turut meraikan kedatangan Datin Suriani.

Selamat Bersara Puan Salbiah

Puan Salbiah menerima jambangan bunga daripada Pengerusi baru Benita, Datin  Suriani Abdul Rahman

Benita ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Salbiah Said yang telah pun melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Benita. Beliau yang telah tamat perkhidmatan kerana bersara adalah individu yang bertanggungjawab memulakan Blog Benita.

Sebagai pengerusi yang aktif dan sentiasa menyokong segala aktiviti Benita, ketiadaan Puan Salbiah amat dirasai. Bagaimanapun, sebuah majlis Jamuan Perpisahan telah kita adakan di De Palma Hotel pada awal Mac yang lalu bagi meraikan persaraan Puan Salbiah.

Harapan Benita, agar Puan Salbiah akan terus bersama dan menyokong aktiviti Benita. Benita mengucapkan selamat bersara dan selamat berbahagia.


Pucuk palas menjulang ke awan,
Murai bertenggek berlagu senang, 
Tidak terbalas budimu puan,
Hati nan baik terkenang-kenang

Pelbagai aktiviti Menarik Sepanjang 2011

Salam.
Kepada semua ahli Benita, tahun ini kita bakal mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik.
Buat julung-julung kalinya, Benita akan menganjurkan All Ladies Treasure Hunt yang juga terbuka untuk pihak luar.

Terdekat, kelab ini dengan kerjasama Bernama Kid's Club akan mengadakan lawatan ke Pusat Perlindungan Kuala Gandah April ini. Bagi ahli yang berminat, sila dapatkan borang daripada wakil Tingkat masing-masing.