Sunday, November 24, 2013

Laporan Mesyuarat Agung 2012

Bagi memudahkan semua pihak dan memastikan tiada pembaziran kertas berlaku, BENITA memutuskan untuk memuat naik Laporan Mesyuarat Agung 2012. Ahli BENITA yang berminat untuk memuat turun laporan tersebut boleh mendapatkan salinan PDF dengan menekan gambar di bawah ini




Saturday, November 23, 2013

Pertandingan Permainan Tradisional


Pertandingan ini telah berlangsung dengan meriah di bilik BENITA
Terdapat ahli yang tidak pernah bermain permainan ini, tetapi telah berpeluang untuk mencuba kebolehan masing-masing
3 permainan telah dijalankan iaitu Congkak, Dam Haji dan Batu Seremban


Hadiah telah disampaikan oleh Puan Salbiah, mantan Pengerusi BENITA.

Congkak 
Tempat Pertama - Norlizawati
Tempat Kedua - Jamaliah
Tempat Ketiga - Hasnita Ibrahim
Batu Seremban
Tempat Pertama - Safiah
Tempat Kedua -Suryana
Tempat Ketiga - Rohana Mustafa
Dam Haji
Tempat Pertama - Rohana Hamzah
Tempat Kedua -Suhaida
Tempat Ketiga - Jamaliah

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan tahniah untuk semua pemenang 

Friday, November 22, 2013

Mesyuarat Agung 2012



Pastikan anda telah membayar yuran keahlian bagi tahun 2013 bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada hari tersebut.
Terima kasih

Kutipan Yuran Keahlian

Sila pastikan ahli telah membuat bayaran sebelum Mesyuarat Agung 2012
Kerjasama dari semua amat dihargai :)

Kelas Hiasan Felt

DIY bersama BENITA bagi bulan November telah menjemput Puan Faridah Al Akmal untuk berkongsi ilmu di dalam Kelas Hiasan Felt
2 hiasan felt telah berjaya disiapkan sewaktu sesi berlangsung

 

 Peserta tekun memotong kain felt dan menyerlahkan bakat masing-masing


Hasil kerja tangan semua


Terima kasih kepada Puan Faridah Al Akmal dan semua peserta yang mengambil bahagian :)

Banjir

Gempar! Bilik BENITA dilanda banjir kilat 


Beginilah keadaan Bilik BENITA


Peristiwa ini amat mengejutkan, dengan itu AJK BENITA berharap bilik baru akan kami perolehi tidak lama lagi *peace*

Kelas Membuat Kek Buah & Menghias dengan Fondant

DIY bersama BENITA untuk bulan September telah menjemput Puan Rosyatimah dari Jabatan Pengarang untuk menunjukkan cara membuat kek buah serta menghias kek tersebut dengan dekorasi fondant


 Para peserta begitu teruja untuk mempelajari teknik-teknik memasak kek 


Terima kasih kepada Puan Rosyatimah dan semua peserta yang mengambil bahagian :)


Nasi Ayam Hainan - DIY bersama BENITA

DIY bersama BENITA memberi peluang kepada petugas untuk belajar cara yang betul memasak Nasi Ayam Hainan
Tenaga Pengajar adalah dikalangan ahli BENITA sendiri iaitu Puan Ambia Tawil


Beginilah rupa nasi ayam yang telah siap


Terima kasih Puan Ambia, juga peserta yang telah mengambil bahagian.

Sepatu Raya untuk Si Anak Yatim 2013

Program Sepatu Raya untuk Si Anak Yatim adalah salah satu program kemasyarakatan yang BENITA anjurkan bagi membantu anak-anak yatim yang kurang bernasib baik. 
Kutipan derma dibuat di BERNAMA bagi membolehkan mereka bersedekah dan menggembirakan anak-anak ini.


Rumah ank yatim yang dipilih adalah Rumah Anak Yatim Kariah Mjsi & Darul Aitam.
AJK BENITA telah pergi ke kedai kasut XES yang terletak di Tesco bagi memenuhi impian anak-anak ini untuk mendapat kasut baru.


Wajah-wajah ceria kerana mendapat kasut baru



Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama mereka yang telah memberi sumbangan ikhlas bagi menjayakan aktiviti ini.

Tadarus Al Quran

Jadual Tadarus Al Quran


Hari
Tarikh
Waktu
Juzuk
Peserta
Tempat

Pertama

12.7.2013

12.30 – 3.00 ptg

1 – 15

K1 -15 membaca
K2 -15 menyemak




Bilik Latihan,
Pusat
Kecemerlangan

Tingkat 12
Wisma BERNAMA


Kedua

19.7.2013

12.30 – 3.00 ptg

16 - 30

K2 -15 membaca
K1 -15 menyemak


Khatam
Quran

2.8.2013

12.30 tengahari

Surah Lazim

Semua 30 peserta
K1 dan  K2

Fun Bowling


Pertandingan Fun Bowling telah berlangsung dengan meriah.
Pertandingan ini bertujuan menyemai minat bersukan dan mengertatkan silaturrahim sesama ahli 
Antara peserta yang memeriahkan pertandingan bowling kali ini
Wajah ceria pemenang Fun Bowling 2013
Suami yang turut memberi galakan kepada isteri
Aktiviti ini juga membolehkan ibu bersama anak-anak walaupun terlibat dengan aktiviti sukan

Senarai Pemenang adalah

Bagi kategori Individu ,
Pertama - Wan Nor Azriyana Wan Ali
Kedua - Norlizawati Yahya
Ketiga - Azlina Aziz


 Bagi kategori Berpasukan ,
Pertama - Kump. 7 ( Wan Nor Azriyana, Zairina & Nasriah)
Kedua - Kump. 1 ( Azlina, Siti Nurazhani & Nadrah)
Ketiga - Kump. 4 (Norlizawati, Nin Zairani & Nabilah)


Tahniah kepada semua pemenang :)

DIY bersama BENITA


Mari bersama kita jayakan aktiviti ini :)

Anugerah Pelajar Cemerlang PUSPANITA PCKPKK

 Anugerah Pelajar Cemerlang adalah salah satu alternatif yang dibuat bagi menaikkan semangat anak-anak untuk menjadi lebih baik. Melalui program ini, anak cemerlang dipanggil naik ke pentas untuk menerima saguhati dari PUSPANITA
 

Diharap anak-anak akan lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan wujudnya penghargaan seperti ini.
Syabas dan Tahniah untuk semua penerima Anugerah Pelajar Cemerlang

Pemenang ALL LADIES TREASURE HUNT 2013


Syukur, aktiviti telah berjalan dengan lancar dan meriah. Terima kasih kepada barisan AJK yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini


Juga kepada penaja yang telah menaja aktiviti ALL LADIES TREASURE HUNT 2013


Sebelum mengumumkan senarai pemenang, peserta di beri taklimat mengenai jawapan kepada soalan yang telah diberikan semasa mencari harta karun semalam.


Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kumpulan 
1. Terbuka
2. Tertutup

Hadiah untuk pemenang telah disampaikan oleh Pengurus Besar BERNAMA



  
 



Ladies Nite - ALL LADIES TREASURE HUNT 2013

Setelah penat mencari harta karun, peserta diraikan dengan jamuan makan malam di hotel. 
Mereka turut mendapat hadiah bagi cabutan bertuah dan juga 'Best Dress'

Wajah- wajah ceria penerima hadiah


Barisan AJK yang turut memakai pakaian istimewa


Ratu Cantik ALL LADIES TREASURE HUNT 2013


Tahniah kepada pemenang..
Yang kurang bernasib baik, 
cuba lagi di ALL LADIES TREASURE HUNT yang akan datang :)

ALL LADIES TREASURE HUNT 2013

Syukur semua selamat sampai di hotel pada masa yang ditetapkan 
Selepas sampai di hotel, peserta diminta untuk menyampaikan harta yang telah mereka temui dan diperiksa oleh COC, Mr Govind


Antara peserta dari BERNAMA


 Krew COC untuk ALL LADIES TREASURE HUNT 2013


Antara peserta luar yang menjayakan ALL LADIES TREASURE HUNT 2013


 Terima kasih semua..