Tuesday, April 20, 2010

Jalan-jalan 'Shopping' di Bandung


Kata orang, kalau nak merasa jadi orang kaya, pergilah bershopping di Bandung. Itu kata orang, mungkin betul, mungkin tidak.

Tapi kalau nak tahu, bolehlah buktikan sendiri. Menurut sumber-sumber yang pernah membeli-belah di 'Kota Kembangan' ini, pesanannya kalau bawa satu beg memang tak cukup!

Disebabkan permintaan tinggi daripada ahli, Benita dengan sukacitanya menganjurkan trip membeli-belah ke Bandung.

Tengok taglinenya pun dah rasa teruja -'Shopping sampai pengsan!!!'
Tapi pesanan kami, 'shopping sampai pitam cukuplah ya' :)


Sunday, April 18, 2010

JUMBLE SALES! Sumbangan ahli dialu-alukan


Ingat lagi kemeriahan Jumble Sales tahun lalu? Aktiviti jualan dan kuiz yang diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Bernama.

Bagi meneruskan kemeriahan tahun lalu dan menyemarakkan lagi aktviti Benita, tahun ini Jumble Sales mengalu-alukan para ahli yang berhasrat menyumbangkan barangan berupa pakaian,buku,barang hiasan rumah, akesori dan pelbagai barangan lain untuk hari istimewa tersebut.

Bagi mereka yang berminat menyewa tapak gerai pula, inilah peluangnya untuk memperkenalkan produk jualan anda kepada warga Bernama.

Jangan lupa hubungi wakil tingkat untuk serahan sumbangan ataupun mendapatkan sebarang maklumat lanjut.


Terkini Daripada Benita Untuk Anda....


Terdekat Benita akan mengadakan acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh ahlinya...LaDieS NiTe!!!
Poster-poster telah pun dinaikkan dan Biro Sosial bersama AJK Ladies Nite juga nampaknya mulai sibuk membuat pelbagai persiapan. Tema yang dipilih untuk tahun ini mengundang pelbagai reaksi menyebabkan semakin ramai yang tidak sabar menanti tarikh 15 & 16 Mei nanti.

Nak tahu apa temanya? Syyyy...Rahsia...kalau nak tahu, kenalah bertanya kepada wakil tingkat.

Jadi, kepada semua ahli, cepat-cepatlah mendaftar untuk ke majlis yang khusus untuk 'kita-kita aje!'. Dapatkan borang daripada wakil tingkat dan teruskan menyokong aktiviti Benita!

Tuesday, April 13, 2010

Berminat Menjadi Ahli?


Jom Meriahkan Aktiviti Benita


Fun Bowling!




Tahun ini aktiviti Fun Bowling untuk ahli Benita diteruskan dan seramai 18 orang peserta telah memeriahkan Pusat Bowling Plaza Mutiara, Jalan Ipoh 3 April lalu.

Nampaknya kemahiran dan keyakinan peserta kian bertambah walaupun sesekali bola tersasar ke dalam longkang! Namun, buat peserta yang sememangnya hebat, mereka terus mengungguli tempat teratas.Apa yang penting-semua bergembira dan ahli juga saling lebih mengenali antara satu sama lain.

Sesuai dengan temanya Fun Bowling, semua peserta memang berseronok ditambah dengan sokongan sahabat handai dan ahli keluarga yang datang memberi sokongan.

Tahniah kepada keempat-empat pemenang hadiah utama yang akan mewakili Benita ke Pertandingan Bowling Puspanita Cawangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada Mei ini.

Pertama :Puan Azlina Aziz
Kedua :Puan Rodziah Idris
Ketiga :Cik Maznah Abu Bakar
Keempat :Puan Wan Nor Azura Mior Abdul Aziz

Terima kasih juga diucapkan kepada Pengerusi Benita, Puan Salbiah Mohd Said yang sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Bola berat tak larat nak angkat
Masuk longkang tak ada yang marah
Tahun depan jom kita pakat-pakat
Ramai-ramai masuk lagi meriah!

Ahli Jawatankuasa Benita 2009/2010




Monday, April 12, 2010

Mesyuarat Agung Benita 2008/2009


Pada 19 Februari lalu, BENITA telah menjalankan Mesyuarat Agung ke-27 bertempat di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan, Bernama bertujuan membubarkan AJK Benita bagi sesi 2008/2009 dan melantik AJK Benita bagi sesi 2010/2011.

Pengurus Besar Bernama, Encik Hasnul Hassan dalam ucapan perasmiannya melahirkan rasa bangga terhadap usaha Benita yang dilihat beliau sebagai persatuan yang paling aktif di Bernama.