Monday, February 27, 2012

Kelas Menjahit Manik & Labuci

 

Melihat kepada trend wanita hari ini yang gemarkan pakain berhias labuci dan manik, Benita memberi peluang kepada ahli-ahlinya mempelajari jahitan manik dan labuci yang sedang hangat di pasaran.


 

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, kelas  ini dijalankan  dua kali iaitu siri pertama pada 24 Jun 2011 dan siri kedua pada 1 Julai 2012.
Bertempat di tingkat 12 wisma Bernama, seramai 18 peserta telah hadir mengikuti kelas oelh tenaga pengajar Pn Watie dari www.mummie-ebeads.blogspot.com
 

Tahniah kepada semua peserta dan semoga tahun ini, semuanya dapat mempamerkan kreativiti masing-masing.


Benita akan lebih berbangga jika ada yang menjadikannya sebagai permulaan untuk menambah pendapatan.
Selamat mencuba!

Klik..klik..Bengkel Asas Fotografi

BENITA dengan kerjasama Bernama Kids’ 1Malaysia Club (BK1MC) telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Fotografi pada 23 Julai 2011 yang dihadiri  oleh 21 anak-anak yang berumur lebih 10 tahun di Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12, Wisma Bernama. 

Terima kasih kepada tenaga pengajar  memandangkan beliau seorang yang sangat berpengalaman serta banyak mengendalikan bengkel seumpama ini iaitu Tn Haji Mustaza bin Mohd Yusof, Ketua Unit Foto, Bernama. 

Bengkel ini yang pertama kali dianjurkan untuk anak warga Bernama bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan asas fotografi dan bagaimana untuk meningkatkan kemahiran mengambil foto menggunakan kamera DSLR. Malahan hobi ini boleh dipupuk dari bangku sekolah lagi.
Sebelah petang pertandingan fotografi telah dikendalikan oleh Sdra. Zid Omar, Timbalan Ketua Unit Foto. Bengkel ditutup dengan penyampaian hadiah pemenang dan sijil oleh Setiausaha Bernama, Puan Rohana Mustaffa kepada semua peserta bengkel. Semoga bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang fotografi, menjana pendapatan ataupun setidak-tidaknya untuk kegunaan sendiri.

Rakaman terima kasih juga kepada Tuan Syed Khedher Ismail dan warga Pusat Kecemerlangan kerana memberi sokongan bagi penganjuran bengkel ini.  Semoga kerjasama ini akan terus terjalin pada masa akan datang.

Semoga Mereka Menjadi Anak Yang Cemerlang


BENITA dan Bernama Kids’ 1Malaysia Club (BK1MC) telah berjaya  menganjurkan Program Anak Cemerlang pada 7 Jun 2011, 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12, Wisma Bernama. Seramai 34 anak petugas Bernama berumur antara 8 – 16 tahun yang mana merupakan anak ahli Benita dan ahli BK1MC.

Tenaga pengajar bagi program ini ialahPak Din Sayang Solution. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada peserta dalam membantu meningkatkan kecemerlangan pembelajaran, menambah nilai kecemerlangan diri dalam kehidupan serta memupuk kecintaan dan hormat kepada ibu bapa.