Monday, February 27, 2012

Klik..klik..Bengkel Asas Fotografi

BENITA dengan kerjasama Bernama Kids’ 1Malaysia Club (BK1MC) telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Fotografi pada 23 Julai 2011 yang dihadiri  oleh 21 anak-anak yang berumur lebih 10 tahun di Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12, Wisma Bernama. 

Terima kasih kepada tenaga pengajar  memandangkan beliau seorang yang sangat berpengalaman serta banyak mengendalikan bengkel seumpama ini iaitu Tn Haji Mustaza bin Mohd Yusof, Ketua Unit Foto, Bernama. 

Bengkel ini yang pertama kali dianjurkan untuk anak warga Bernama bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan asas fotografi dan bagaimana untuk meningkatkan kemahiran mengambil foto menggunakan kamera DSLR. Malahan hobi ini boleh dipupuk dari bangku sekolah lagi.
Sebelah petang pertandingan fotografi telah dikendalikan oleh Sdra. Zid Omar, Timbalan Ketua Unit Foto. Bengkel ditutup dengan penyampaian hadiah pemenang dan sijil oleh Setiausaha Bernama, Puan Rohana Mustaffa kepada semua peserta bengkel. Semoga bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang fotografi, menjana pendapatan ataupun setidak-tidaknya untuk kegunaan sendiri.

Rakaman terima kasih juga kepada Tuan Syed Khedher Ismail dan warga Pusat Kecemerlangan kerana memberi sokongan bagi penganjuran bengkel ini.  Semoga kerjasama ini akan terus terjalin pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment