Tuesday, March 14, 2017

Fun Bowling

Sabtu lepas lapan pasukan berentap dalam acara Fun Bowling yang berlangsung di Ampang Superbowl Ampang Point. Pemain paling awal sampai tidak lain tidak bukan Datin Rohana Mustaffa yang juga Pengerusi Benita.   Ramai yang datang bersendirian dan ada yang ditemani suami dan anak-anak. Meriah sekali walaupun ramai yang hanya bermain boling setahun sekali.  Yang dah biasa bermain sudah pasti sentiasa ‘strike’ tapi ramai yang asyik masuk longkang atau baling bola seperti main boling padang.    
Namun, semuanya menang kerana setiap pemain membawa pulang hadiah.  Tahniah kepada Fatin Najmi dan Nur Shazwani yang mengelolakan acara ini.

Berikut Keputusan perlawanan:
1.       Pasukan 2 :  Wan Nor Azriyana Wan Ali, Datin Rohana dan Nurul Hainah Mohd Ahya
2.       Pasukan 4  : Norlizawati Yahya, Nin Zairani Mohd Ali dan Farhana Azmi.
3.       Pasukan  5 : Azlina Aziz, Zairina Kamaluddin dan Hasnita Ibrahim.

Juara individu :
 Azlina Aziz
 Maznah Abu Bakar
Wan Azriyana Wan Ali

Gambar sepanjang acara berlangsung :


 
















Thursday, March 2, 2017

Program Biggest Loser Sihat Bergaya


Program Biggest Loser Sihat Bergaya 2016 kini menuju puncak perjalanannya. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang? Sama-samalah kita tunggu 30 Mac 2017 .
 Namun, fakta penting yang wajib diketahui peserta ialah kalah menang bukan matlamat utama. Bukan juga semata-mata nak kurus. Jika menang... itu BONUS.  Rata-rata peserta sudah meraih manfaat daripada penyertaan mereka dalam program yang berlangsung selama enam bulan ini. Banyak yang dipelajari daripada jurulatih serta pakar pemakanan yang dibawa khas oleh MySihat (Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia). Pakar pemakanan daripada Hospital Pakar KPJ Sentosa KL turut berkongsi pengetahuan mengenai aspek pemakanan yang perlu diikuti oleh peserta jika ingin sihat di samping melakukan pemeriksaan asas kesihatan.
Pakar diet daripada Hospital Besar Kuala Lumpur, Puan Mariam …turut membawa peserta ke pasar raya untuk belajar membaca label kandungan makanan. Selain mengajar peserta menyediakan  masakan sihat.   
Satu sesi santai berkongsi tip kecantikan dan relaks dengan yoga oleh sebuah pusat kecantikan juga  diadakan, mengajak peserta untuk mengamalkan aktiviti sihat bergaya.
Nampak mudah, tapi tidak semudah itu untuk menjadi sihat bergaya. Peserta perlu menjalani latihan fizikal dua kali seminggu di bawah tunjuk ajar Coach Nora. Ramai yang datang dan ramai juga tak datang kerana pelbagai komitmen lain..
"Bernama ni unik sikit. Pesertanya terdiri daripada wartawan dan penyunting, ada dari bahagian jualan. Jadi bila ada tugasan, mereka tidak dapat datang. Namun, mereka tetap mengikuti segala tunjuk ajar bila berkesempatan," kata Coach Nora .
"Saya nampak kesungguhan mereka. Ada yang dah dapat menurunkan berat badan secara berkala seperti yang sepatutnya. Bukan turun mengejut ," katanya.
Selain aktiviti fizikal nora berkata bermatlamat beliau adalah untuk mendidik dan memberi motivasi kepada peserta mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan menjalani amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, terutama wanita,

Seperti program Biggest Loser pertama pada 2012,  pemenang bukan hanya dinilai dari sudut penurunan berat badan, malah penyertaan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan di sepanjang program berlangsung.

Khabarnya ada tiket penerbangan, penginapan, dan makan malam  di hotel lima bintang, menanti pemenang.

Jom layan gambar sepanjang program dijalankan ...