Tuesday, May 18, 2010

Ladies Nite..Hubungan Makin Erat, Persahabatan Kian Rapat

Dah kata dah…acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun, Ladies Nite Benita memang ‘happening’.

99.9 peratus ahli yang hadir berpakaian mengikut tema Pyjama Party. Semuanya gila-gila, have fun dan paling penting sporting!

Seperti kata Pengerusi, Puan Salbiah sambutan serta pujian dari semua yang hadir pada malam itu membuktikan Benita telah berjaya menarik minat wanita-wanita di Bernama, khususnya golongan muda menyertai aktiviti Benita.


Aktiviti pelbagai khususnya permainan yang menarik, ‘miming’ dan ‘catwalk’ menunjukkan wanita-wanita Bernama begitu sporting.
Ladies Nite terbukti satu kegiatan mengeratkan silaturahim dengan semua staf pelbagai peringkat.

Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa Ladies Nite dan barisan Exco Benita yang menjadikan acara malam itu sesuatu yang amat menghiburkan.

Terima kasih  kepada penaja-penaja iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nestle Berhad, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Telekom Malaysia dan PR Concept. Terima kasih daun keladi, harap-harap tahun hadapan tajalah lagi.

Tahun hadapan kita meriahkan lagi Ladies Nite Benita dengan jumlah ahli yang lebih ramai. Kepada yang berminat, apa lagi, silalah mendaftar sebagai ahli atau ahli bersekutu.

Jumpa lagi tahun hadapan!!!!

No comments:

Post a Comment