Monday, April 12, 2010

Mesyuarat Agung Benita 2008/2009


Pada 19 Februari lalu, BENITA telah menjalankan Mesyuarat Agung ke-27 bertempat di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan, Bernama bertujuan membubarkan AJK Benita bagi sesi 2008/2009 dan melantik AJK Benita bagi sesi 2010/2011.

Pengurus Besar Bernama, Encik Hasnul Hassan dalam ucapan perasmiannya melahirkan rasa bangga terhadap usaha Benita yang dilihat beliau sebagai persatuan yang paling aktif di Bernama.

Selain itu, beliau turut menggalakkan ahli Bernama terus aktif berpersatuan dan mendekatkan diri dengan masyarakat. Iaitu dengan merancang lebih banyak aktiviti Benita bersama dengan masyarakat luar. Di samping menyokong usaha menjayakan Gagasan 1Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Benita, Puan Salbiah Mohd Said turut mengalu-alukan pelantikan AJK Benita bagi sesi 2010/2011 dan berharap pasukan baru ini dapat meneruskan aktiviti Benita seperti yang telah dijayakan oleh AJK sebelumnya.

Beliau turut memuji usaha Benita di sepanjang tahun 2008/2009 mendekatkan diri dengan masyarakat seperti Aktiviti Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim, Lawatan dan Sumbangan Buku ke Institut Pediatrik HKL, Kempen Derma Darah, Hari Amal Cuci Kereta, Jumbo Sale dan pelbagai aktiviti lagi yang membolehkan penyertaan ramai ahli.

Diharapkan tahun ini, Benita akan terus aktif dan mendapat sokongan yang padu kesemua ahlinya.

Tahniah untuk semua!

No comments:

Post a Comment