Benita mengorak langkah untuk mempromosikan produk makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Wisma Bernama jumaat ini.
Dengan kerjasama unit Perhubungan Komunikasi Korporat, Benita mensasarkan lebih kurang 200 orang pengunjung ke gerai yang akan disediakan di parkir kereta pelawat di perkarangan Wisma Bernama.
Sesuai dengan musim buah-buahan pada masa ini, ahli-ahli Benita sendiri akan menjual produk-produk tersebut seperti rambutan, manggis, duku langsat, pulasan, cempedak dan durian yang dihasilkan oleh FAMA.
FAMA juga merupakan pelanggan Bernama.com (sila layari http://www.bernama.com/ dengan icon ‘Famalink’ yang memuatkan berita mengenai agensi tersebut yang dikeluarkan oleh Bernama.
Dalam musim buahan-buahan ini, FAMA turut aktif mempromosikan produknya di pelbagai tempat, termasuk di Bangunan Parlimen baru-baru ini.
Menurut Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz, semasa musim buah-buahan iaitu Mei hingga Ogos setiap tahun, Malaysia mengeluarkan kira-kira 100,000 tan durian, manggis, duku, rambutan dan cempedak bernilai kira-kira RM300 juta.
No comments:
Post a Comment