Sempena Hari Kesihatan Wanita, Puspanita Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) akan menganjurkan beberapa program di Angkasapuri pada 31 Julai ini.
Program-program tersebut ialah:
i) Ceramah kesihatan mengenai kanser di kalangan wanita di Auditorium P. Ramlee pada 9 pagi
ii) Pemeriksaan kesihatan (pap smear, tahap glukos dan kolestrol) pada 11.30 pagi) dan
iii) Demo masakan sihat di Rumah Puspanita dan foyer Wisma Radio pada 10.45 pagi.
Sempena Hari Kesihatan Wanita ini, blog Benita memetik intipati ucaptama Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad di Seminar Keselamatan dan Kesihatan Wanita di Tempat Kerja pada 7 Julai 2008 di PWTC, Kuala Lumpur:
Contoh perbezaan risiko antara lelaki dan wanita:
· Fatigue:
Statistik menunjukkan bilangan pekerja lelaki yang menjadi mangsa kemalangan adalah melebihi pekerja wanita, Jenis kemalangan yang di alami oleh wanita melambangkan jenis kerja yang mereka laksanakan. Sebagai contoh wanita lebih terdedah untuk menjadi mangsa kemalangan disebabkan fatigue, kerana kurangnya rehat disebabkan oleh tanggungjawab di rumah selain dari bekerja.
· Upper limb disorders:
Upper limb disorders adalah penyakit pekerjaan yang paling kerap dialami oleh wanita terutamanya di negara maju. Ianya berkait dengan kerja yang monotonous, kerja berulang (repetitive work), mengangkat beban berat, awkward postures dan penyelarasan kerja yang tidak baik. Faktor ergonomik juga menjadi punca kepada masalah ini, di mana kebanyakan tempat kerja direka untuk lelaki. Ini mengakibatkan sesebuah “work-station” yang pada asalnya direkabentuk untuk lelaki, tidak sesuai untuk kegunaan wanita. Masalah meja bekerja terlalu tinggi atau beban yang perlu diangkat terlalu berat bagi kebanyakan wanita adalah contoh kepada isu ini.
· Penyakit Pernafasan:
Statistik juga menunjukkan lelaki lebih mudah menghidapi penyakit pernafasan yang berkaitan dengan kerja, manakala wanita pula lebih mudah mendapat alahan kulit, dan sensitif kepada pelbagai bahan kimia dan ‘sick building syndrome’
· Alahan Kulit:
Peningkatan bilangan kes alahan kulit boleh dikaitkan dengan bilangan wanita yang ramai bekerja dengan bahan pencuci dan pelarut di dalam kerjaya mereka, sebagai penggunting rambut, penjagaan kesihatan (health care) dan sektor penjualan. ‘Sick building syndrome’ berlaku kepada pekerja pejabat. Seperti yang dapat kita lihat, pekerjaan ini kebanyakannya dijalankan oleh wanita.
· Pendengaran dan getaran:
Masalah ini kerapkali berlaku kepada lelaki yang bekerja dan terdedah dengan bunyi bising dan getaran yang tinggi. Kajian baru yang menyatakan wanita mengandung yang selalu terdedah kepada getaran di seluruh badan akan menambah risiko ke atas bayi kandungannya yang mungkin menghadapi masalah pendengaran apabila dilahirkan.
· Kanser:
Beberapa jenis kerja dilihat boleh mendedahkan pekerja wanita kepada risiko kanser. Wanita yang terpaksa bekerja dengan racun makhluk perosak, pelarut dan dalam bidang penjagaan kesihatan, menghadapi kemungkinan pertambahan risiko untuk megidapi penyakit kanser payudara. Kanser pangkal rahim pula ada hubungkait dengan pendedahan kepada racun rumput dan mereka yang bekerja dalam bidang kosmetik. Kanser paru-paru didapati meningkat di kalangan wanita, mungkin di sebabkan oleh peningkatan wanita yang merokok. Walau bagaimanapun perokok lebih kerap terjadi kepada mereka yang terbat dengan kerja-kerja yang menimbulkan “stress”.
· Risiko kepada janin:
Wanita mengandung yang terlibat dalam mengangkat beban berat atau berdiri pada jangka masa yang panjang boleh mendedahkan diri mereka kepada risiko kelahiran anak tidak cukup bulan. Statistik menunjukkan, satu dalam lima kelahiran tidak cukup bulan di sebabkan oleh aktiviti seperti di atas.
· Stress:
“Demand” yang tinggi dan kawalan keatas kerja yang rendah boleh menimbulkan stress. Pekerja wanita dalam pekerjaan kolar putih juga kurang mempunyai kawalan keatas jadual kerja, waktu rehat dan cuti berbanding pekerja lelaki. Dalam pekerjaan kolar biru, dua dari tiga wanita mempunyai pekerjaan demand yang tinggi, kawalan keatas kerja yang rendah berbanding dengan 50 peratus lelaki. Wanita lebih menghadapi gangguan seperti dibuli, dikasari dan berhadapan diskriminasi seksual dan kekerasan di tempat kerja berbanding dengan lelaki. Kesimpulan nya wanita lebih menghadapi masalah kesihatan di sebabkan oleh stress di tempat kerja.
Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan sama ada oleh kerajaan, majikan dan pekerja untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan wanita di tempat kerja. Di antaranya ialah:
· Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan perlu memasukkan perlindungan yang khusus keselamatan dan kesihatan wanita sebagai salah satu tujuan yang hendak di capai.
· Mengadakan panduan kepada majikan, kesatuan sekerja dan kementerian untuk mengenalpasti masalah, mengadakan hubungkait dengan aktiviti keselamatan dan kesihatan untuk semua pekerja dan membangunkan program khusus untuk memastikan keperluan wanita di ambil kira di peringkat kebangsaan terutama dalam perundangan, maklumat dan latihan, penyertaan pekerja dan kajian.
· Semakan semula dan kajian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya, klasifikasi kerja, meningkatkan kemahiran bagi pekerjaan yang diungguli oleh wanita.
· Terdapat keperluan untuk memberi fokus kepada melindungi keselamatan dan kesihatan wanita melalui perkhidmatan kesihatan pekerjaan.
· Program pencegahan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan persekitaran pekerjaan perlu di laksanakan. Kerja sepatutnya mengikut keupayaan wanita dari segi keadaan kesihatan fizikal dan mental.
· Pembangunan statistik kebangsaan berkaitan kemalangan dan penyakit pekerjaan mengikut gender yang boleh menyumbang kepada menentukan keutamaan untuk tindakan program pencegahan; pembangunan strategi kebangsaan untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan wanita; pembangunan standard, tata amalan dan garispanduan lain berkaitan bahaya khusus dihadapi oleh pekerja wanita.
· Kajian dan maklumat yang lebih baik ke atas kesihatan pekerjaan untuk wanita.
· Penggubalan garispanduan penilaian kesan gender berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.
Pereka peralatan merekabentuk peralatan untuk wanita, berbanding dengan mengharapkan wanita menyesuaikan diri dengan peralatan yang di rekabentuk untuk lelaki.
· Pekerjaan yang baru saperti teleworking dan jadual bekerja baru yang akan di monopoli oleh wanita mesti di nilai terutama kesan nya kepada keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan berkeluarga.
· Praktis yang baik dibuat oleh majikan yang gender sensitif di tempat kerja perlu di sebarkan untuk pengetahuan umum.
· Perlakuan atau persepsi kepada wanita sebagai pekerja rendah hendaklah di tukar.
· Program kesaksamaan gender setempat perlu di laksanakan.
No comments:
Post a Comment