Sunday, March 27, 2011

Selamat Bersara Puan Salbiah

Puan Salbiah menerima jambangan bunga daripada Pengerusi baru Benita, Datin  Suriani Abdul Rahman

Benita ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Salbiah Said yang telah pun melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Benita. Beliau yang telah tamat perkhidmatan kerana bersara adalah individu yang bertanggungjawab memulakan Blog Benita.

Sebagai pengerusi yang aktif dan sentiasa menyokong segala aktiviti Benita, ketiadaan Puan Salbiah amat dirasai. Bagaimanapun, sebuah majlis Jamuan Perpisahan telah kita adakan di De Palma Hotel pada awal Mac yang lalu bagi meraikan persaraan Puan Salbiah.

Harapan Benita, agar Puan Salbiah akan terus bersama dan menyokong aktiviti Benita. Benita mengucapkan selamat bersara dan selamat berbahagia.


Pucuk palas menjulang ke awan,
Murai bertenggek berlagu senang, 
Tidak terbalas budimu puan,
Hati nan baik terkenang-kenang

No comments:

Post a Comment