LAWATAN SAMBIL
BELAJAR KE KILANG
ROTI GARDENIA DI SHAH ALAM
ROTI GARDENIA DI SHAH ALAM
Pada 13 Feb 2017, 30 ahli
Benita mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang roti Gardenia di Shah
Alam untuk melihat dan mengetahui rahsia
kelembutan dan kelazatan roti yang paling popular di Malaysia.
Selepas menonton video asal
usul gandum yang merupakan bahan utama pembuatan roti serta pelbagai jenis
peralatan moden yang digunakan untuk membuat roti, kami di bawa melihat sendiri
cara roti disediakan.
Gardenia, syarikat pembuat
roti terbesar di Asia, mempunyai empat kilang, tiga di Shah Alam dan satu di
Puchong. yang mengeluarkan 42 produk. Kilang yang kami lawati, menghasilkan
roti putih Classic Jumbo, cream roll (empat perisa) dan waffer.
Gardenia mengamalkan empat
dasar utama dalam menghasilkan produknya iaitu
1. bahan mentah berkualiti
2, menggunakan cara tradisi
tanpa pengawet
3. automasi yang memastikan
keluaran produk standard dari segi saiz serta rasa
4. strategi pemasaran . Menghantar roti segar menggunakan 700 lori di seluruh Semenanjung Malaysia setiap hari dengan operasi kilang 24 jam