KENYATAAN AKHBAR
BENITA BIGGEST LOSER
Persatuan
Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) atau Puspanita Bernama menganjurkan
pelancaran program ‘Biggest Loser’ atau program menurunkan berat untuk anggota persatuan ini yang terdiri
daripada wartawan dan kakitangan wanita di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(Bernama).
Program
dengan slogan“Sihat Bergaya” ini menyasarkan penyertaan anggota dan staff
Bernama yang kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) mereka melebihi 25.
Timbalan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya akan hadir menyempurnakan
pelancaran program ini pada pukul 3 petang, 12 Ogos (Jumaat) di Lobi Wisma
Bernama.
Sebanyak
40 peserta wanita yang berdaftar untuk program ini akan menjalani ujian
saringan kesihatan, pemeriksaan berat badan dan kesihatan setiap bulan, senaman kecergasan dua kali seminggu ,
kaunseling diet dan ceramah kesihatan terutama mengenai penyakit tidak
berjangkit seperti kencing manis, ceramah pemakan dan gaya hidup sihat dan
bengkel penampilan diri, sepanjang enam
bulan program berlangsung.
Program
dianjurkan sebagai intervensi faktor risiko pencegahan Penyakit Tidak
Berjangkit (NCD – non-communicable disease) yang merupakan pembunuh nombor satu di
Malaysia, dan atas kesedaran bahawa masalah obes berleluasa di Malaysia kini,
termasuk dalam kalangan wanita berkerjaya.
Semua
aktiviti menjurus kepada gaya hidup sihat dan menggalakkan para peserta sihat
bergaya.
Untuk program ini, Benita menerima rakan kerjasama daripada KPJ Sentosa, MySihat, Bank Rakyat, Kementerian
Belia dan Sukan, Pharmaniaga, serta beberapa individu lain.
KPJ
Sentosa membantu peserta menjalani pemeriksaan kesihatan, menimbang berat
badan, khidmat nasihat ceramah kesihatan
dan pemakanan sihat.
Mysihat
pula membantu menyediakan tenaga pengajar untuk senaman sebanyak 48 kali sepanjang
program, khidmat ‘dietician’ dari
Hospital Kuala Lumpur untuk memberikan kaunseling diet peribadi kepada setiap
peserta, dan memantau kemajuan peserta.
Penaja
lain, seperti Bank Rakyat dan Kementerian Belia dan Sukan serta beberapa individu, menyumbang secara
tunai sebagai tanda sokongan kepada program ini.
Biggest
Loser 2016 merupakan program Biggest Loser kedua yang dianjurkan Benita. Kali
pertama ialah pada 2012 yang mendapat penyertaan yang amat menggalakkan
daripada ahli Benita dan petugas Bernama.
Pemenang
program ini akan dipilih berdasarkan peratusan penurunan berat badan terbanyak serta komitmen
mereka
dalam
program ini.
DATIN ROHANA MUSTAFFA
PENGERUSI BENITA
12 OGOS 2016